Plain Color Tumblr Themes
-->

Friday, February 25, 2011

Pantun 4 kerat Muhibah dan Perpaduan

firstly.. i wanna say sorry to all my classmate as aku x sempat nak bagi copy for Pantun Muhibah dan Perpaduan since pantun tuh msuk test next week right..
so aku just sempat type at blog..
*oklaa since skunk zaman dah maju..org study gune internet~

Pantun 4 kerat Muhibah dan Perpaduan

** Maksud Pantun
:: rangkap 1 :
Amalan hidup bermuafakat mesti diamalkan dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang mendiami bumi Malaysia.

rangkap 2 :
Rakyat majmuk yang mempunyai pelbagai resam dan budaya hidup di Malaysia dengan bersatu padu kerana memiliki semangat muhibah.

rangkap 3 :
Sesuatu urusan yang dilakukan secara bekerjasama dan bergotong royong dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan.


rangkap 4 :
Rakyat yang berbilang kaum tidak mustahil untuk mewujudkan bangsa yang bersatu padu

rangkap 5 :
Rakyat yang berbilang kaum masih mengamalkan budaya dan adat resam mereka sendiri tetapi dapat menerima amalan budaya nasional hasil cantuman adat dan budaya semua rakyat yang mendiami negara ini.


** Tema
:: perpaduan masyarakat malaysia yg berbilang kaum.


** Persoalan
:: a) Kepentingan amalan hidup yang harmoni dalam masyarakat;
b) Kepentingan membina semangat bersatu padu dalam negara berbilang kaum;
c) Bekerjasama dalam semua tindakan;
d) Kepentingan mengamalkan budaya nasional; dan,
e) Bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah.


** Gaya Bahasa
:: a) anafora
contoh : kebudayan asal tidak di lupa,
kebudayaan nasional mereka banggai.

b) simile
contoh : senyuman manis seperti madu,

c) inversi
contoh : cantik bergugus buah papaya,

d) kata ganda
contoh : tanda bersatu bergotong-royong.

e) hiperbola
contoh : mengairi sawah beratus relung,



** Nilai
:: a) bekerjasama
contoh : masyarakat berbilang kaum mesti hidup bekerjasama menjalankan amalan bergotong royong.

b) hormat menghormati
contoh : menghormati adat budaya masing2

c) patriotisme
contoh : cinta akan tanah air dan bangga akan kebudayaan kebangsaan tanah air.



** Pengajaran
:: a) hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara
b) hidup bekerjasama dan bertoleransi
c)bertolak ansur dalam segala hal sbg rakyat sebuah negara yg berbilang kaum




by sahaje

No comments:

Post a Comment